‘Upin’ dan ‘Ipin’ antara korban Aidiladha

SHAH ALAM, 6 Jun: Dua lembu diberi nama ‘Upin’ dan ‘Ipin’ dengan masing-masing seberat 800 dan 780 kilogram (kg) antara 22 lembu sado akan dikorbankan pada Karnival Ibadah Qurban Tayyib Ranch 2025 sempena Aidiladha tahun ini.
Tze Yong terpaksa berehat panjang kerana acl – Jonassen

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasratnya untuk terus beraksi di pentas kompetitif selepas disahkan mengalami kecederaan serius pada ligamen krusiat anterior (ACL) yang memaksanya berehat panjang dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.
Kesiapsiagaan hadapi bencana tidak boleh dikompromi

KUNDASANG, 6 Jun: Kesiapsiagaan menghadapi bencana di kawasan berisiko tinggi seperti Gunung Kinabalu tidak boleh dikompromi, justeru latihan berterusan melibatkan pelbagai agensi penyelamat amat penting bagi memastikan tahap kecekapan dan kerjasama sentiasa berada pada tahap terbaik.
MAHAR laksana ibadah korban di tujuh negara

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Dalam usaha menyantuni masyarakat rentan, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) melaksanakan Program Ibadah Korban 2025 di tujuh negara, memberi manfaat kepada lebih 16,000 orang terjejas akibat bencana, peperangan dan kemiskinan tegar.
PM anwar sertai takbir Aidiladha bersama 500 jemaah

PUTRAJAYA, 6 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertakbir raya bersama-sama jemaah di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini, sempena Aidiladha yang akan disambut esok.
Projek Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu siap hujung tahun 2025

LIMBANG, 6 Jun: Kerja-kerja menaik taraf tebingan sungai yang runtuh di bawah Projek Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu sedang giat dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM9.5 juta.
Tukang jahit mengaku tidak bersalah cabul remaja perempuan OKU

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Seorang tukang jahit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan kurang upaya bulan lepas.
Kilat Boy dicabar petinju Thailand, rebut gelaran WBC Asia Continental

KUCHING, 6 Jun: Bintang tinju profesional negara, Daeloniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy bakal kembali ke gelanggang dalam satu pertarungan penting bagi merebut gelaran WBC Asia Continental Super Bantamweight yang akan berlangsung di N9 Arena, Nilai pada Ogos 2025.
Hari Kesedaran Keselamatan Maritim 2025 disambut 28 Jun di Tanjung Harapan

KUCHING, 6 Jun: Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKMM) 2025 akan disambut secara besar-besaran pada 28 Jun ini di Tanjung Harapan, Selangor dengan mengekalkan tema ‘Berapung Untuk Hidup’ buat tahun kedua.
Pengurangan tenaga kerja PETRONAS libatkan ramai pekerja kontrak – PM

KAJANG, 6 Jun: Pengurangan 10 peratus pekerja Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dikenal pasti melibatkan ramai pekerja kontrak.
