Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilat Boy bakal bertarung bagi merebut gelaran WBC Asia Continental Super Bantamweight pada Ogos depan.

Kilat Boy dicabar petinju Thailand, rebut gelaran WBC Asia Continental

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 Jun: Bintang tinju profesional negara, Daeloniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy bakal kembali ke gelanggang dalam satu pertarungan penting bagi merebut gelaran WBC Asia Continental Super Bantamweight yang akan berlangsung di N9 Arena, Nilai pada Ogos 2025.

Kilat Boy yang kini memegang status sebagai petinju nombor satu Malaysia menyifatkan perlawanan kali ini sebagai satu peluang besar dalam kerjayanya bukan sahaja dari segi pencapaian, malah sebagai langkah strategik ke peringkat antarabangsa.

“Perlawanan ini adalah pertarungan profesional seperti biasa, tetapi lebih istimewa kerana membawa gelaran WBC Continental.

“Sebelum ini saya pernah bertanding untuk gelaran WBC Silver tapi kali ini lebih tinggi, iaitu WBC Asia Continental,” ujarnya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Menurut Kilat Boy, lawannya kali ini adalah dari Thailand, namun pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat.

“Saya kini dalam fasa penyesuaian badan dan bulan depan saya akan beralih kepada latihan berintensiti tinggi sebagai persediaan menghadapi perlawanan ini. Insya-Allah semua berjalan lancar,” tambahnya lagi.

Kejayaan dalam pertarungan ini bukan sahaja akan melayakkan Kilat Boy ke perebutan gelaran IBA Continental pada Disember nanti, malah membuka peluang besar untuk menembusi kelompok 100 petinju terbaik dunia.

“Insya-Allah, jika menang saya akan berada dalam senarai 100 terbaik dunia dan secara automatik mengekalkan status sebagai petinju nombor satu Malaysia.

“Selepas WBC dan IBA ranking saya dijangka terus meningkat dan sasaran saya pada tahun depan adalah untuk bertanding bagi gelaran world title,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan