Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Ikhwan Jalan Pinggiran Putra hari ini. Foto Bernama

PM anwar sertai takbir Aidiladha bersama 500 jemaah

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertakbir raya bersama-sama jemaah di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini, sempena Aidiladha yang akan disambut esok.

Laungan takbir dipimpin Imam Mustafa Kamal Abdullah itu diadakan selepas solat Jumaat dan disertai lebih 500 jemaah.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Arafah’ yang disampaikan imam berkenaan.

Terdahulu, Anwar yang lengkap berbaju Melayu bewarna kelabu tiba di masjid itu pada 1 tengah hari selepas menjamu selera di Restoran Pak Zain Patin di Jalan Kampung Orang Asli Bukit Dugang di Dengkil dekat sini.

Beliau turut menyantuni pekerja restoran di bahagian dapur serta pelanggan yang menjamu selera.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan