203 mangsa diselamatkan dalam 108 operasi SAR setakat Mei 2025

KUCHING, 6 Jun: Sebanyak 108 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) setakat 31 Mei 2025, membabitkan 251 mangsa.
PM Anwar hubungi Paetongtarn berhubung isu pertikaian sempadan Thailand-Kemboja

KAJANG, 6 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini untuk berbincang mengenai isu pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja yang dilaporkan semakin tegang sejak kebelakangan ini.
Penganggur didenda RM1,400 halang tugas anggota polis

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Seorang penganggur didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghalang tugas anggota polis ketika ditahan semasa pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lima tahun lepas.
Program ‘Car Free Morning’ Sarikei 14 Jun ini

SARIKEI, 6 Jun: Majlis Daerah Sarikei (MDS) akan menganjurkan Program Car Free Morning pada 14 Jun ini di pekarangan MDS dari jam 6:00 hingga 10:00 pagi.
Sindiket dadah tumpas, rampasan lebih RM340,000

SHAH ALAM, 6 Jun: Satu sindiket pengedaran dadah pelbagai jenis berjaya ditumpaskan menerusi Ops Alstonia hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Kontinjen Selangor.
Terbuka Indonesia: Tang Jie-Ee Wei melangkah ke separuh akhir, Soon Huat-Shevon tersingkir

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan kemampuan selaku pilihan kedua apabila bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Indonesia 2025 di Jakarta hari ini.
Umat Islam Indonesia sambut Hari Raya Aidiladha hari ini dalam suasana sederhana

JAKARTA, 6 Jun: Umat Islam di Indonesia menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini, iaitu sehari lebih awal berbanding negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.
Lelaki mengaku tidak bersalah reka video diculik untuk tipu bekas teman wanita

BUTTERWORTH, 6 Jun: Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mereka rakaman video yang kononnya dirinya diculik untuk menipu bekas teman wanitanya minggu lalu.
Chee Kadir sumbang RM204,000 bantu laksana ibadah korban

KABONG, 6 Jun: Sebanyak RM204,000 telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir kepada enam masjid dan dua persatuan di kawasan DUN Kabong bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Tujuh petugas media sertai misi kemanusiaan kembara korban Bank Rakyat di Kemboja

SEPANG, 6 Jun: Seramai tujuh petugas media tempatan termasuk wakil dari TV Sarawak (TVS) telah berlepas ke Kemboja hari ini bagi menyertai Program Kembara Qurban Kemboja Bank Rakyat anjuran bersama Surau Al Barakah Bank Rakyat dan Maahad Imam As-Syafie.
