Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata Hari Kesedaran Keselamatan Maritim mengekalkan tema ‘Berapung Untuk Hidup’ buat tahun kedua. Foto Maritim Malaysia

Hari Kesedaran Keselamatan Maritim 2025 disambut 28 Jun di Tanjung Harapan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 6 Jun: Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKMM) 2025 akan disambut secara besar-besaran pada 28 Jun ini di Tanjung Harapan, Selangor dengan mengekalkan tema ‘Berapung Untuk Hidup’ buat tahun kedua.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata sambutan itu akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi menyelamat di laut, program keselamatan maritim, sesi dialog bersama komuniti, pameran, jualan Rahmah dan aktiviti Berapung Untuk Hidup bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Datuk Mohd Rosli Abdullah. Foto Maritim Malaysia

“Tarikh 6 Jun diangkat sebagai HKKM bagi memperingati detik penting dalam sejarah Maritim Malaysia iaitu pengambilalihan rasmi tugas penyelaras SAR maritim daripada Jabatan Laut Malaysia pada tahun 2006.

“Pengorbanan kami tidak mengharapkan gelaran wira. Cukuplah jika satu nyawa berjaya diselamatkan dan satu keluarga tidak perlu meratapi kehilangan,” katanya.

Sempena sambutan Aidiladha, Mohd Rosli turut mengingatkan orang ramai yang merancang ke laut agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan termasuk memakai jaket keselamatan, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa bersama Personal Locator Beacon (PLB).

Sebarang kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian 999 bagi tindakan segera.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan