Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra di sini hari ini. Foto TVS

Pengurangan tenaga kerja PETRONAS libatkan ramai pekerja kontrak – PM

ByHafeezzur Muzamir

KAJANG, 6 Jun: Pengurangan 10 peratus pekerja Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dikenal pasti melibatkan ramai pekerja kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu selepas ditanya pemberita berhubung penstrukturan semula yang diumumkan oleh PETRONAS.

“Banyak (pekerja) yang kontrak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata penstrukturan semula yang melibatkan 5,000 pekerja itu disifatkan jauh lebih kecil berbanding syarikat-syarikat antarabangsa yang telah melakukan pemberhentian pekerja secara besar-besaran ekoran ketidaktentuan industri minyak dan gas di peringkat global.

Katanya, kakitangan peringkat tinggi akan diberhentikan, termasuk pekerja kontrak, manakala pekerja baharu tidak akan terkesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan