Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasratnya untuk terus beraksi di pentas kompetitif selepas disahkan mengalami kecederaan serius pada ligamen krusiat anterior (ACL) yang memaksanya berehat panjang dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan. Foto Bernama

Tze Yong terpaksa berehat panjang kerana acl – Jonassen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasratnya untuk terus beraksi di pentas kompetitif selepas disahkan mengalami kecederaan serius pada ligamen krusiat anterior (ACL) yang memaksanya berehat panjang dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenneth Jonassen berkata Tze Yong kini dalam fasa prapemulihan sebagai persiapan sebelum menjalani pembedahan susulan kecederaan yang dialaminya semasa saingan Masters Malaysia baru-baru ini.

“Tarikh pembedahan belum ditetapkan lagi tapi ia melibatkan perkara agak teknikal yang bukan kepakaran saya. Namun apa yang saya faham, secara asasnya semakin kuat keadaan fizikal sebelum pembedahan, semakin baik proses pemulihan nanti.

“Sekali lagi, segala kami lakukan sekarang adalah untuk memberinya peluang terbaik menjalani pembedahan yang berjaya,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.

Pada masa sama, Jonassen mengakui proses pemulihan daripada kecederaan ACL mengambil masa lama namun beliau optimis Tze Yong mampu menghadapi keadaan sukar itu dan kembali beraksi lebih cemerlang selepas pulih nanti, sambil mengambil contoh pemain perseorangan wanita Sepanyol Carolina Marin yang pernah mengalami ACL sebelum ini.

“Saya yakin Tze Yong kekal bersemangat dan memberikan tumpuan penuh terhadap proses pemulihan. Dia seorang yang kuat dan kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Tze Yong, baik di dalam mahupun di luar gelanggang,” katanya.

Sementara itu, Jonassen berkata dengan ketiadaan Tze Yong, usaha kini tertumpu kepada membawa beberapa pemain muda ke peringkat senior tahun ini.

Terdahulu, BAM dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan kecederaan dialami pemain perseorangan negara itu dan pada masa sama berkongsi perasaan Tze Yong yang mengakui sukar untuk menerima keadaan tersebut selepas segala usaha telah dicurahkan.

Bagaimanapun, Tze Yong tetap optimis dan komited terhadap perjalanan pemulihannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan