Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail meninjau kerja-kerja projek pembinaan Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu di Limbang, hari ini. Foto TVS

Projek Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu siap hujung tahun 2025

LIMBANG, 6 Jun: Kerja-kerja menaik taraf tebingan sungai yang runtuh di bawah Projek Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu sedang giat dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM9.5 juta.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kelewatan projek itu berlaku berikutan kejadian tanah runtuh yang menjejaskan sebahagian struktur asal.

“Ada dua projek yang belum siap di bawah Projek Tebingan Sungai Limbang. Pertama ialah menaik taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu yang kini sedang dilaksanakan.

“Disebabkan sebahagiannya runtuh, reka bentuk baharu terpaksa dibuat dan projek ini kini telah mencapai lebih 30 peratus siap, malah mendahului jadual. Ia dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Tebingan Sungai Limbang dan Projek Jalan Akses ke Taman Tasik Bukit Mas di sini, hari ini.

 

Menurut Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, projek pembinaan tanjakan perahu turut akan dilaksanakan di kawasan sama tahun ini.

Katanya, projek berkenaan yang menelan kos RM5 juta dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun depan, iaitu sebelum penganjuran Pesta Limbang pada Julai atau September 2026.

“Kerajaan melalui Jawatankuasa Perayaan Utama Bahagian Limbang berhasrat menghidupkan semula Pesta Limbang mulai tahun hadapan, dan berharap semua projek berkaitan Tebingan Sungai Limbang dapat disiapkan sebelum pertengahan 2026,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa pembinaan Jambatan Sungai Limbang Kedua dijangka siap penghujung tahun ini, manakala peruntukan sebanyak RM22 juta telah diluluskan oleh Premier Sarawak untuk membina jalan akses ke Taman Tasik Bukit Mas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan