Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penganggur didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghalang tugas anggota polis ketika ditahan semasa pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lima tahun lepas. Foto fail Envato

Penganggur didenda RM1,400 halang tugas anggota polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Seorang penganggur didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghalang tugas anggota polis ketika ditahan semasa pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lima tahun lepas.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faisal Suhaimi, 34, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Mohamad Faisal didakwa dengan sengaja menghalang Sarjan Muhammad Shahreen Rusli, 28, daripada menjalankan tugasnya di Jalan Genting Klang, Wangsa Maju, di sini pada 4.45 petang, 1 Jun 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu bersama rakan setugas membuat pemantauan PKPB di kawasan berkenaan pada hari kejadian, pengadu menahan tertuduh dan rakannya kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Tertuduh dan rakannya kemudian melarikan diri dengan motosikal, namun tertuduh berjaya ditahan selepas bergelut dengan pengadu dan rakan setugasnya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala Mohamad Faisal tidak diwakili peguam.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan