Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maritim Malaysia sentiasa bersiap siaga 24 jam bagi menghadapi sebarang isyarat kecemasan, tanpa mengira masa atau keadaan cuaca. Foto Maritim Malaysia

203 mangsa diselamatkan dalam 108 operasi SAR setakat Mei 2025

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 6 Jun: Sebanyak 108 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) setakat 31 Mei 2025, membabitkan 251 mangsa.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata daripada jumlah itu, 203 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 36 maut dan 12 lagi masih belum ditemukan.

Menurutnya, angka itu mencerminkan komitmen agensi itu dalam memastikan keselamatan nyawa sentiasa menjadi keutamaan, walaupun ketika negara meraikan sambutan perayaan seperti Aidiladha.

Datuk Mohd Rosli Abdullah. Foto Maritim Malaysia

“Anggota Maritim Malaysia tidak pernah mengenal cuti. Mereka sentiasa bersiap siaga 24 jam bagi menghadapi sebarang isyarat kecemasan, tanpa mengira masa atau keadaan cuaca,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM), hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, Maritim Malaysia melaksanakan 226 kes SAR membabitkan 1,348 mangsa dengan 1,259 daripadanya berjaya diselamatkan, manakala 64 maut dan 25 masih hilang.

Katanya, tanggungjawab melaksanakan SAR termaktub dalam Seksyen 6(a) dan 6(b), Akta APMM 2004 (Akta 633), yang meletakkan Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam pengendalian operasi menyelamat di perairan negara.

“Mandat ini turut diperkukuh dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, yang menamakan Maritim Malaysia sebagai agensi peneraju pengurusan bencana maritim berlandaskan National SAR Manual (NAMSAR) sebagai panduan utama,” katanya.

Menurut Mohd Rosli, Maritim Malaysia turut membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) CARILAMAT tersendiri yang menekankan kecekapan, kepantasan dan keselamatan dalam pelaksanaan setiap misi menyelamat.

Selain misi menyelamat, katanya, agensi itu juga melaksanakan pendekatan pencegahan menerusi program Preventive SAR secara berkala di semua negeri dan zon maritim.

“Taklimat komuniti, ceramah keselamatan, pameran, edaran risalah serta sesi dialog bersama nelayan merupakan antara pendekatan yang digunakan bagi mendekati komuniti maritim dan meningkatkan kesedaran keselamatan di laut,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan