Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan perlaksanaan projek sistem pengangkutan rel menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura, Rapid Transit System (RTS) Link kini mencapai 95 peratus status kemajuan. Foto kredit,Ahmad Saufie.

Dewan Negara: Projek RTS Link capai 95 peratus kemajuan

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Dewan Negara dimaklumkan perlaksanaan projek sistem pengangkutan rel menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura, Rapid Transit System (RTS) Link kini mencapai 95 peratus status kemajuan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata ia melibatkan kerja-kerja infrastruktur setakat November 2024.

Dewan Negara: Bekalan elektrik bagi pusat data dijangka mencecah 20.9 GW menjelang 2040

“Manakala, kerja-kerja pemasangan komponen sistem lain seperti stok kereta (rolling stock), signaling, power supply and distribution dan telekomunikasi bermula Disember ini,” jelasnya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman mengenai perkembangan terkini projek RTS Link yang menghubungkan Singapura dan Johor Bahru.

Beliau turut memaklumkan kerajaan setakat ini telah membelanjakan RM2.5 bilion bagi kerja-kerja penyiapan infrastruktur sivil projek RTS di bahagian Malaysia.

“Kos sebanyak RM5.2 bilion telah diperuntukkan bagi keseluruhan projek untuk bahagian Malaysia sehingga siap dibina.

“Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) sebagai InfraCo Malaysia telah memberikan akses awal kepada RTS Operation Pte. Ltd. (RTSO) yang merupakan pengendali operasi di Depoh Wadi Hana sejak September lalu bagi memulakan kerja-kerja pemasangan landasan kereta api (trackworks),” ujarnya lagi.

RTS Link yang dijangka mula beroperasi pada Disember 2026 akan dapat mengurangkan masalah kesesakan trafik di sempadan Malaysia-Singapura.

Perkhidmatan RTS Link ini dijangka mampu menampung sehingga 100,000 penumpang sehari dengan kekerapan tren 3.6 minit pada waktu puncak.

Dianggarkan seramai 30,000 hingga 40,000 penumpang sehari akan menggunakan perkhidmatan RTS Link pada tahun pertama operasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan