Search
Close this search box.

Sukan

DOHA, 26 Jan: Ketua jurulatih Korea Selatan Jurgen Klinsmann mengakui perasaannya bercampur baur menyaksikan perlawanan malam tadi, meskipun anak buahnya layak ke pusingan 16 terakhir selepas mencatatkan keputusan seri 3-3 dengan Malaysia, dalam aksi terakhir Kumpulan E.

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, malam tadi.

DOHA, 26 Jan: Skuad Harimau Malaya menampilkan belangnya dan hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3 pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, malam tadi.

DOHA, 26 Jan: Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon memuji prestasi cemerlang Harimau Malaya kerana berjaya mencatat keputusan seri 3-3 menentang juara dua kali Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, malam tadi.

KUCHING, 26 Jan: Sarawak menyasarkan lebih ramai penglibatan sukarelawan sebagai pelengkap persediaan menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.