Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dibincangkan dan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET) Bil. 2/2024 pada 21 November lalu. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Dewan Negara: Bekalan elektrik bagi pusat data dijangka mencecah 20.9 GW menjelang 2040

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Keperluan bekalan elektrik bagi pusat data diunjurkan sebanyak 12.9 gigawatt (GW) pada 2030 dan dijangka meningkat sehingga 20.9 GW menjelang 2040.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dibincangkan dan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET) Bil. 2/2024 pada 21 November lalu.

“Mesyuarat juga meluluskan unjuran Pelan Pembangunan Penjanaan ataupun Power Development Plan (PDP) Semenanjung bagi tahun 2024-2050 dengan mengambil kira pembangunan kapasiti penjanaan baharu berasaskan gas serta peningkatan tenaga boleh baharu untuk memenuhi unjuran permintaan berkenaan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Baharuddin Ahmad yang ingin tahu status terkini kapasiti penjanaan elektrik dan rizab tenaga bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta adakah bekalan sedia ada mencukupi untuk menampung permintaan dan keperluan industri pusat data yang semakin berkembang pesat.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menambah, bagi langkah penyelesaian segera, kementeriannya telah mengenal pasti loji-loji jana kuasa sedia ada untuk dilanjutkan tempoh operasi.

Ini kerana kata beliau, pembinaan sebuah loji jana kuasa akan mengambil masa empat ke lima tahun.

“Kementerian turut memperkenalkan beberapa projek tenaga boleh baharu yang bertujuan meningkatkan penjanaan dan akses pusat data kepada bekalan tenaga hijau.

“Justeru, kesemua inisiatif ini akan dapat meningkatkan kapasiti bekalan tenaga termasuk tenaga boleh baharu, bukan sahaja untuk pusat data tetapi juga untuk keseluruhan keperluan rakyat Malaysia,” ujarnya lanjut.

Dalam pada itu Fadillah memberitahu status terkini kapasiti penjanaan elektrik bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 26,152 megawatt (MW) dengan rizab tenaga sebanyak 24 peratus.

“Sabah mempunyai kapasiti 1,237 megawatt dengan rizab tenaga 6.1 peratus manakala Sarawak mempunyai kapasiti berjumlah 5,745 megawatt beserta rizab tenaga berjumlah 25 peratus,” katanya lagi.

Fadillah turut menyuarakan komitmen kerajaan dalam memastikan bekalan tenaga mencukupi untuk kegunaan di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan