Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat mewujudkan sebuah syarikat yang akan memonopoli pengurusan industri nadir bumi (REE) di negara ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Kerajaan tidak berhasrat tubuh syarikat monopoli REE di Malaysia

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Kerajaan tidak berhasrat mewujudkan sebuah syarikat yang akan memonopoli pengurusan industri nadir bumi (REE) di negara ini, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Pembangunan Mineral 1994 dan juga Perlembagaan Persekutuan dalam aspek pengurusan REE.

“Walaupun dibangkitkan (oleh) beberapa Yang Berhormat (supaya kerajaan) buat (wujudkan syarikat seperti) Petronas bagi REE, ia tidak timbul.

Dewan Rakyat: 146 kertas siasatan dibuka ke atas IPTS tidak patuh Akta 555

“(Ini kerana) kita akan melalui akta itu untuk tambah baik (namun kerajaan) tidak berhasrat untuk membuat satu syarikat monopoli dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu Nik Nazmi berkata, Malaysia berpotensi besar untuk terlibat dalam industri REE khususnya di peringkat hiliran, seterusnya menjadi pengeluar super magnet di dunia bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik (EV).

“Kajian cadangan model perniagaan telah dilaksanakan oleh Akademi Sains Malaysia bagi melihat ekosistem industri ini.

“(Menerusinya) Malaysia dilihat mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri di peringkat hiliran,” katanya.

Tambahnya, hala tuju REE telah dilihat secara keseluruhan rantai nilai di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran dan telah dibentang dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara Keenam 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan