Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka sebanyak 146 kertas siasatan ke atas institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) susulan aduan ketidakpatuhan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Foto hiasan: Envato

Dewan Rakyat: 146 kertas siasatan dibuka ke atas IPTS tidak patuh Akta 555

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka sebanyak 146 kertas siasatan ke atas institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) susulan aduan ketidakpatuhan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata daripada jumlah itu, 82 kes telah dikenakan tindakan kompaun.

Jelas beliau, pemeriksaan audit pematuhan telah dilaksanakan terhadap 355 buah IPTS bagi tempoh 2019 hingga 2024 susulan aduan berkenaan.

“Antara kesalahan yang kerap dilakukan oleh IPTS di bawah Akta 555 ialah membuat perubahan butiran syarikat tanpa kelulusan Ketua Pendaftar di mana 12 notis kompaun telah dikeluarkan.

“ (Bagi) Seksyen 28 (iaitu) IPTS beroperasi di premis tidak berdaftar di bawah Akta 555 pula, sebanyak 12 notis kompaun telah dikeluarkan,” katanya.

Mustapha menjawab pertanyaan Mordi Bimol (Pakatan Harapan – Mas Gading) mengenai kes penipuan melibatkan IPTS yang telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Tambah beliau, kesalahan lain yang dilakukan termasuk tenaga tidak memiliki permit mengajar yang diluluskan Ketua Pendaftar.

Beliau berkata sebanyak 47 notis kompaun telah dikeluarkan.

“Sekiranya terdapat penemuan ketidakpatuhan dalam pemeriksaan pengoperasian oleh IPTS kepada Akta 555 tersebut, tindakan susulan akan dipanjangkan untuk kertas siasatan dibuka seterusnya dikenakan tindakan pendakwaan selaras dengan Akta 555 jika didapati bersalah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan