Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norma Mohamed Nor, 52, (berkerusi, roda) ibu kepada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Allahyarham Khairil Anwar tidak dapat menahan sebak ketika proses menuntut jenazah anaknya di Hospital Dungun, hari ini. Foto Bernama

Zambry ucap takziah kepada keluarga tiga penuntut UiTM Dungun maut

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah kepada keluarga tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.

Dalam hantaran di akaun Facebook miliknya beliau turut mendoakan agar roh ketiga-tiga mangsa Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama mereka yang beriman.

“Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menempuh ujian ini,” katanya.

Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Sharizal Shamsudin melaporkan telah menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi nahas.

Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut

Beliau berkata laporan awal mendapati nahas tersebut melibatkan dua motosikal  jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 ditunggang mangsa dan sebuah kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.

Kereta berkenaan didapati merempuh kedua-dua motosikal tersebut dari arah belakang ketika dalam perjalanan ke universiti dan satu daripada motosikal itu diseret hampir 60 meter.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dan pemandu wanita yang dipercayai menunjukkan tanda-tanda masalah mental dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.

Zambry kini berada di St Petersburg, Rusia mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Ketiga Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan.

Mesyuarat tersebut turut disertai wakil daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Warisan (MOTAC), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Digital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan