Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nga Kor Ming (dua dari kiri) bercakap dalam sidang media di Cyberjaya, Selangor hari ini. Foto, Amirah Shawel (TVS).

Rizab tenaga: Kerajaan beri keutamaan kepada rakyat, sektor industri

ByAmirah Shawel

CYBERJAYA, 10 Okt: Kerajaan hanya akan menawarkan rizab tenaga lebihan kepada pelabur asing sekiranya keperluan sektor industri dan perumahan tempatan mencukupi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pihaknya perlu memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan dalam penggunaan rizab tenaga di negara ini.

“Keutamaan rizab tenaga adalah sektor industri dan perumahan, kemudian akan diberikan kepada sektor lain.

“Namun, sekiranya kita memiliki lebihan tenaga, kita akan guna sepenuhnya dan menawarkan (kepada pelabur) potensi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Pelancaran Garis Panduan Pusat Data di Bridge Data Centres, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Saidatul Amar dan Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk Dr Alias Rameli.

Kor Ming berkata,Malaysia adalah antara negara di rantau ASEAN yang memiliki rizab kuasa yang mencukupi.

Faktor itu menjadikan negara ini destinasi pilihan syarikat antarabangsa untuk menjalankan pelaburan rentas sektor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan