Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin semasa melawat tapak projek fasa empat Taman Awam Miri, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Taman Awam Miri bakal jadi tarikan pelancong

ByVanessa Enjop

MIRI, 10 Okt: Projek fasa empat Taman Awam Miri dijangka mampu membantu melonjakkan sektor pelancongan di bandar raya ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, dengan kos RM1.5 juta, projek tersebut adalah untuk memperindah dan meningkatkan kemudahan taman tersebut.

“Saya berjaya mendapatkan dana pada 2022 di bawah projek khas yang diluluskan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg). Ia disalurkan kepada Majlis Bandaraya Miri untuk pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata, projek tersebut dijangka mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan dan meliputi kawasan seluas 11.03 hektar.

“Projek ini bukan sahaja untuk memperindah Taman Awam Miri tetapi menjadi tarikan pelancong terutama bagi mereka yang mencintai alam semulajadi dan struktur geologi.

“Kawasan ini sangat menarik terutama untuk mereka yang suka bersenam. Saya berharap apabila siap kelak, ia akan menjadi tempat ideal untuk orang ramai beriadah bersama-sama keluarga,” ujarnya.

Projek fasa empat melibatkan jalan masuk utama, hentian, tandas awam dan astaka selain dilengkapi tiga jenis laluan termasuk joging dan geologi.

Selain itu, projek tersebut turut merangkumi sistem saliran dan kemudahan elektrik lebih efisien.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan