Utara Semenanjung dan Sabah dijangka terima hujan di atas purata Disember ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di utara Semenanjung dan Sabah akan menerima jumlah taburan hujan sedikit di atas purata pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan depan.
Sarawak di barisan hadapan strategi tenaga bersih

KUCHING, 10 Okt: Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam strategi tenaga bersih selaras dengan hasrat untuk menjadi pengeksport utama hidrogen.
MExUnity umum Sambutan Hari Perpaduan 2025 di Pulau Pinang

PUTRAJAYA, 10 Oktober: Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Exco Perpaduan Negeri dan Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) memutuskan Sambutan Hari Perpaduan (SMP) 2025 diadakan di Pulau Pinang.
ACF2024: Perkukuh usaha mitigasi karbon di peringkat serantau – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Penganjuran ASEAN Carbon Forum 2024 (ACF2024) yang pertama diadakan di sini semalam menjadi platform untuk negara-negara anggota ASEAN berkongsi usaha dalam meningkatkan mitigasi karbon peringkat serantau serta meneroka potensi kerjasama.
Taufan Milton hampiri Florida berserta hujan lebat dan angin kencang

FLORIDA (Amerika Syarikat), 10 Okt: Taufan Milton menghampiri pesisir pantai barat Florida pada Rabu (9 Okt), membawa bersama hujan lebat dan angin kencang, hanya dua minggu selepas kawasan tersebut dilanda kemusnahan oleh Taufan Helene, menurut laporan Agensi Anadolu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga tiga pelajar UiTM maut kemalangan di Dungun

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.
Kutipan cukai JKDM setakat September melebihi sasaran

PELABUHAN KLANG, 10 Okt: Reformasi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah membantu meningkatkan pungutan hasil sebanyak 15.43 peratus setakat September lepas.
Cari alternatif baharu untuk tingkat daya saing

KUCHING, 10 Okt: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam perniagaan perlu mencari alternatif baharu untuk meningkatkan daya saing.
KKM sedia beri bantuan diperlukan kes wanita disyaki kurang siuman rempuh pelajar UiTM

PUTRAJAYA,10 Okt: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membantu pihak berkuasa dan kementerian berkaitan berhubung kes kemalangan yang mengorbankan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun semalam.
Sarawak sasar KDNK RM282 bilion, wujud 195,000 peluang pekerjaan baharu pada 2030 – Abang Johari

KUCHING, 10 Okt: Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM282 bilion dan mewujudkan 195,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2030.
