Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Sarawak Future Forum di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak sasar KDNK RM282 bilion, wujud 195,000 peluang pekerjaan baharu pada 2030 – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Okt: Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM282 bilion dan mewujudkan 195,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis asas transformasi ekonomi Sarawak menerusi komitmen terhadap tenaga boleh diperbaharui akan mendorong sasaran berkenaan.

Menurutnya Sarawak telah mendahului rantau ini dalam pengeluaran tenaga bersih.

“Walau bagaimanapun, Sarawak sedang mengembangkan portfolionya, menyasarkan kapasiti 15GW menjelang 2035.

“Peluasan strategik ini meletakkan Sarawak sebagai kuasa besar dalam tenaga hijau yang mampu mengeksport kuasa mampan ke negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sarawak Future Forum di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Selain itu Abang Johari menambah pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 juga bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Ia akan mewujudkan tambahan 195,000 peluang pekerjaan, didorong oleh perubahan dalam pertumbuhan ekonomi dan pelaksanaan PCDS 2030,” jelasnya lagi.

Ujarnya PCDS 2030 merangkumi inisiatif utama seperti meningkatkan infrastruktur digital dan mempromosi teknologi hijau, selain turut memastikan pembangunan adalah saksama dan bermanfaat buat seluruh masyarakat.

Sarawak katanya, sedang melakar laluan baharu yang menyelaras pertumbuhan ekonomi dengan tanggungjawab ekologi, dengan menyepadukan pemulihan ekonomi dengan kemampanan dan inovasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan