Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talip Salleh bergambar kenangan di majlis perasmian Seminar Navigating the Company Act 2016 and Accessing the Duties, Responsibilities and Powers of Company Directors. Foto TVS

Cari alternatif baharu untuk tingkat daya saing

KUCHING, 10 Okt: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam perniagaan perlu mencari alternatif baharu untuk meningkatkan daya saing.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, strategi pernigaan berpandukan misi dan visi asal syarikat hendaklah dilaksanakan segera.

“Anda perlu meneroka peluang perniagaan dan mencari sumber pendapatan baharu. Adalah tidak baik untuk syarikat hanya bergantung kepada pemegang saham untuk menyuntik dana atau memberikan pinjaman.

“Berdikari dan tadbir urus cekap adalah tonggak untuk pertumbuhan serta kemampanan masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Navigating the Company Act 2016 dan Accessing the Duties, Responsibilities and Powers of Company Directors di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Sementara itu, Awang Tengah menjelaskan, Perbadanan Kemajuan Industri Perkayuan Sarawak (PUSAKA) menerima dividen berjumlah RM212 juta daripada anak syarikat di bawah perbadanan itu bagi bulan September lalu.

Dividen tersebut katanya diterima daripada pelaburan di 40 anak syarikat serta tujuh syarikat bersekutunya yang menjalankan aktiviti peniagaan meliputi sektor perkayuan, minyak dan gas, pertanian, ladang hutan dan sektor hartanah.

“Entiti pelaburan ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kekuatan kewangan PUSAKA dan juga misi yang lebih luas untuk memajukan pembangunan ekonomi Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan