Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Taufan Milton hampiri Florida berserta hujan lebat dan angin kencang

ByBernama

FLORIDA (Amerika Syarikat), 10 Okt: Taufan Milton menghampiri pesisir pantai barat Florida pada Rabu (9 Okt), membawa bersama hujan lebat dan angin kencang, hanya dua minggu selepas kawasan tersebut dilanda kemusnahan oleh Taufan Helene, menurut laporan Agensi Anadolu.

Ketika Taufan Milton semakin menghampiri, pihak berkuasa meningkatkan amaran dan mendesak penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga segera.

Milton dijangka memberi kesan besar kepada kawasan padat penduduk di Teluk Tampa, yang merupakan kediaman lebih tiga juta orang.

Menurut laporan media antarabangsa, lebih lima juta penduduk di sepanjang pantai barat Florida diminta untuk meninggalkan kawasan itu.

Pada Selasa, Milton kembali menjadi Taufan Kategori 5, dengan kelajuan angin sekitar 270 km/j. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan