Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aaron Ago Dagang bersama Exco - Exco Perpaduan Negeri dan Exco - Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) merakam kenangan pada mesyuarat hari ini. Foto TVS

MExUnity umum Sambutan Hari Perpaduan 2025 di Pulau Pinang

ByRegina Lee

PUTRAJAYA, 10 Oktober: Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Exco Perpaduan Negeri dan Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) memutuskan Sambutan Hari Perpaduan (SMP) 2025 diadakan di Pulau Pinang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang sambutan itu bertujuan untuk memupuk perpaduan dan integrasi melalui pendekatan terpilih dan cekap sehingga ke peringkat akar umbi.

“Sambutan berkenaan juga bermatlamat untuk mengukuhkan hubungan masyarakat dan memelihara ekosistem perpaduan di negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Aaron mendedahkan MExUnity merupakan wadah perbincangan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha ke arah penyatupaduan rakyat melalui program-program berteraskan perpaduan di peringkat kebangsaan dan negeri.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat kedua bagi tahun ini turut mendedahkan ia turut menjurus kepada perbincangan mengenai Kajian Pembangunan Model Kesepaduan Sosial Sabah dan Sarawak oleh pasukan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Kajian ini mendapati tahap kesepaduan sosial di Sabah dan Sarawak berada pada tahap tinggi. Hal ini bermakna, perbezaan etnik, agama dan latar belakang masyarakat di negeri ini bukan faktor penghalang kepada kesepaduan sosial.

“Faktor Jarak Sosial (JS) yang dekat dan keakraban hubungan antara individu merupakan faktor dominan yang mempengaruhi kesepaduan sosial. Kedekatan hubungan jarak sosial ini boleh ditafsirkan bahawa sikap penerimaan dan saling percaya masyarakat di negeri ini melangkaui sempadan etnik, agama dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, mesyuarat berkenaan juga telah membentangkan Kajian Mengenai Kenyataan Berbaur Kebencian di Malaysia oleh pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Di Malaysia, katanya masih belum terdapat kajian khusus untuk mengenal pasti tahap kefahaman, pengaruh dan kesan permasalahan kenyataan berbaur kebencian dalam masyarakat majmuk, ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kajian itu dilaksanakan secara komprehensif bagi tujuan untuk mengisi kelompangan tersebut.

“Kajian ini hanya akan memfokuskan kepada kenyataan berbaur kebencian yang berlaku di Malaysia tanpa melibatkan isu berkaitan dengan kebebasan bersuara.

“Kenyataan berbaur kebencian di media sosial adalah suatu bahana serius yang memerlukan perhatian bersama dari segenap lapisan masyarakat,” katanya lagi.

Tambah Aaron, keharmonian dalam kalangan masyarakat bukan sahaja membentuk perpaduan, tetapi juga memastikan kestabilan sosial yang amat diperlukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan