Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yunus dan tetamu lain pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Limbang 2024. Foto TVS

Sarawak bangunkan masyarakat seimbang duniawi, ukhrawi

LIMBANG, 9 Sept: Sarawak Maju Makmur bukan hanya konsep perjuangan berlandaskan ekonomi tetapi mencakupi komitmen dalam membangunkan kesejahteraan masyarakat serta keseimbangan duniawi dan ukhrawi.

Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi berkata, kerajaan memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan infrastruktur, perlindungan alam sekitar dan penglibatan masyarakat.

Menurutnya, penekanan semua aspek tersebut menjadikan Sarawak sebagai contoh negeri yang bukan sahaja maju dalam aspek pembangunan tetapi melibatkan kemakmuran dalam kesejahteraan sosial.

“Sebagai umat Islam, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kita berada di barisan hadapan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan keagamaan.

“Kita perlu menunjukkan teladan baik dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat tanpa mengira agama serta kaum untuk bersama membentuk masyarakat sejahtera dan makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Limbang 2024 di Dewan Kampung Bunga Raya malam tadi.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Awang Rahim Awang Rosely.

Menurut Yunus, tanggungjawab membangunkan Sarawak perlu digalas secara bersama.

Tambahnya, bagi merealisasikan pembangunan mampan, kerajaan memberi penekanan kepada tiga aspek mengukuhkan kestabilan politik merangkumi kesepaduan sosial, pendidikan holistik dan keutuhan ekonomi.

“Kesepaduan sosial adalah kunci utama bukan hanya kepada keutuhan ummah tetapi memberi kesan kepada negara,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan