Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyelesaikan pemberian vaksin polio ke atas 460,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dalam tempoh lapan hari pertama sejak kempen pemvaksinan bermula, lapor Sputnik yang memetik Agensi Berita Emirates (WAM) pada Ahad. Foto fail AFP

UAE beri vaksin polio kepada 460,000 kanak-kanak di Gaza

ByBernama

DUBAI, 9 Sept: Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyelesaikan pemberian vaksin polio ke atas 460,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dalam tempoh lapan hari pertama sejak kempen pemvaksinan bermula, lapor Sputnik yang memetik Agensi Berita Emirates (WAM) pada Ahad.

Secara keseluruhan, seramai 640,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dirancang akan menerima vaksin polio.

Menurut agensi itu, pemvaksinan sedang dijalankan di 150 pusat oleh lebih 2,000 petugas perubatan.

Kempen pemvaksinan polio di Semenanjung Gaza bermula pada 1 September, dan dijalankan secara bersama dengan pertubuhan kemanusiaan dari UAE, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNICEF serta Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat.

UAE sebelum ini memperuntukkan US$5 juta untuk kempen pemvaksinan itu.

Pada Julai, Kementerian Kesihatan Gaza mengisytiharkan wilayah itu sebagai kawasan wabak polio, memetik konflik yang berlarutan sebagai punca utama penyebaran penyakit itu.

Israel pada Sabtu mengesahkan bahawa ia akan membuka koridor kemanusiaan untuk petugas perubatan serta menetapkan kawasan selamat bagi pemberian vaksin dalam tempoh masa yang singkat. -TVS

Tags: gaza, polio, UAE, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan