Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya dalam menyokong sukan tempatan dan menyemai perasan bangga terhadap negara melalui bola sepak.
Lantang bersuara hentikan perang Gaza, bina semula institusi pendidikan – Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
59 terkorban letupan lori tangki bahan api di Nigeria

LAGOS, 9 Sept: Sekurang – kurangnya 59 orang terkorban apabila sebuah lori tangki membawa bahan api meletup selepas bertembung dengan trak yang membawa penumpang dan lembu di utara Nigeria, kata agensi penyelamat pada Isnin.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Jepun semak semula pertumbuhan KDNK suku kedua kepada 2.9 peratus tahunan

MOSCOW, 9 Sept: Kerajaan Jepun menyemak semula angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua turun kepada 2.9 peratus tahunan daripada 3.1 peratus yang dilaporkan sebelum ini, menurut data rasmi yang diterbitkan pada Isnin, lapor Sputnik.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda

LYON, 9 Sept: Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
Apple AI dijangka akan menyinar selepas model baharu iPhone dilancarkan

SAN FRANSISCO, 9 Sept: Model terbaharu iPhone yang bakal dilancarkan oleh Apple pada Isnin dijangka akan menampilkan keupayaan AI generatif.
ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Skuad hoki lelaki kebangsaan tumpas kepada China 2-4 dalam aksi kedua liga sepusingan atau round robin saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 di Hulunbuir, Inner Mongolia, China hari ini.
Malaysia ambil maklum laporan kapal tentera laut asing di ZEE

PUTRAJAYA, 9 Sept: Kementerian Luar Negeri Malaysia mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia – Norza

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Inisiatif pertama dilakukan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas terpilih sebagai naib presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
