Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Pelan Induk Cerun Negara (PICN) akan diteruskan sehingga tahun 2035. Foto Regina Lee

Lebih 1,000 lokasi berisiko tanah runtuh dipantau

ByRegina Lee

KUCHING, 9 Sept: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti lebih 1,000 lokasi berpotensi berlaku kejadian cerun runtuh di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya akan mengambil langkah sewajarnya kerana sudah mempunyai maklumat mengenai lokasi tersebut.

“Kita pasang alat untuk memantau pergerakan tanah. Ini kerana kesannya merugikan bukan sahaja melibatkan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden tanah jerlus selepas Program Mengenang Sejarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Barieng ‘Negarawan Terbilang’ di Yayasan Kebudayaan Dayak , hari ini.

Sementara itu, Alexander menjelaskan, Pelan Induk Cerun Negara (PICN) yang dilaksanakan dari tahun 2009 hingga 2023 akan diteruskan susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India baru-baru ini.

Menurutnya, dasar berkenaan akan diteruskan sehingga 2035 dengan merangkumi langkah proaktif memantau insiden berkaitan dengan lebih rapi bagi mengelak kejadian berulang.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan