Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta menunjukkan lokasi helikopter yang membawa Pesuruhjaya Polis Jeneral Mauricio Arriaza Chicas terhempas.

Ketua Polis El Salvador maut dalam nahas helikopter

San Salvador, 9 Sept: Ketua polis El Salvador yang terkenal kerana mengetuai ‘perang’ negara itu terhadap kumpulan samseng terbunuh dalam nahas helikopter bersama beberapa yang lain, kata tentera pada Isnin.

Pesuruhjaya Polis Jeneral Mauricio Arriaza Chicas mengetuai tindakan keras El Salvador terhadap kumpulan penjenayah sejak Mac 2022.

Helikopter hilang ditemukan di Timur Rusia, 4 terkorban

Kempen itu berjaya menangkap hampir 82,000 individu yang disyaki menjadi anggota kumpulan penjenayah di bawah sistem yang membenarkan penangkapan tanpa waran.

“Kami kesal untuk mengesahkan kematian semua penumpang helikopter UH-1H Tentera Udara Salvador yang terhempas di Pasaquina sekitar 180 kilometer (112 batu) timur ibu kota San Salvador, “ kata tentera di platform X .

Sementara itu polis berkata, Timbalan Pengarah Siasatan, Romulo Pompilio Romero dan seorang lagi pegawai dikenali sebagai Abel Antonio Arevalo turut terbunuh dalam nahas itu.

Saluran TV Canal 10 yang dikendalikan kerajaan berkata ketua komunikasi Kementerian Kehakiman El Salvador, David Cruz turut terbunuh.

Pihak berkuasa belum mengenal pasti krew lain yang menaiki pesawat itu.

Peguam Negara Rodolfo Delgado menerusi X berkata pasukan akan melakukan segala yang terdaya untuk mempercepatkan usaha menyelamat dan mengenal pasti mangsa.

Pasukan taktikal perlindungan awam sedang dalam perjalanan ke lokasi nahas untuk usaha mencari dan menyelamat.

Presiden Nayib Bukele berkata beliau akan meminta bantuan antarabangsa dalam menyiasat nahas itu.

“Apa yang berlaku tidak boleh kekal sebagai kemalangan semata-mata, ia mesti disiasat secara menyeluruh. Kami akan meminta bantuan antarabangsa,” tulis Bukele di X.

Beliau berkata Chicas merupakan ‘perkara asas’ yang membawa keamanan dan keselamatan kepada rakyat negara itu.

Menteri Pertahanan Rene Francis Merino Monroy menyifatkan Arriaza Chicas sebagai strategis yang mengubah haluan polis negara itu.

“Kami akan terus memenuhi misi sehingga negara kita mencapai apa yang anda impikan,” tulisnya di X.

Bukele mengarahkan semua bendera di negara itu serta di kedutaan El Salvador di seluruh dunia dikibarkan separuh tiang selama tiga hari sebagai penghormatan kepada Arriaza Chicas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan