Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak di sebuah padang bola di Semenyih, Kajang dekat sini Sabtu lepas. Foto hiasan Envato

Remaja lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika main bola sepak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak di sebuah padang bola di Semenyih, Kajang dekat sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata remaja berusia 14 tahun itu dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 2.02 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan insiden pada 4.08 petang oleh seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga jurulatih remaja itu.

“Hasil siasatan mendapati semasa separuh masa pertama perlawanan, mangsa telah rebah dengan tiba-tiba dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mempunyai masalah komplikasi jantung dan asma.

“Mangsa memang biasa bermain bola dan ada masalah asma sejak kecil tapi tidak serius. Difahamkan ketika kejadian, ibu bapanya tiada di tempat kejadian,” katanya menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Naazron berkata pihaknya menasihati semua pihak terutama ibu bapa untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap anak-anak terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana kejohanan atau aktiviti sukan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan