Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Piagam Harmoni Malaysia diluluskan, panduan perkasa perpaduan – Aaron

ByHandy G

PUTRAJAYA, 8 Ogos: Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) telah meluluskan cadangan Piagam Harmoni Malaysia sebagai medium perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata piagam berkenaan akan membariskan satu garis panduan meliputi perkara yang dibolehkan dan dielakkan dalam memperkasa hubungan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Piagam Harmoni ini merangkumi enam prinsip, 12 nilai-nilai keharmonian, 32 panduan dan 9 hala tuju,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Aaron berkata meskipun Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak mempunyai kuasa atau peruntukan khas seperti akta untuk mengambil sebarang tindakan perundangan, tetapi KPN melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berperanan penting mengurus isu perpaduan.

“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mengurus isu perpaduan melalui beberapa mekanisma seperti Sistem E-Sepakat, Dashboard Analitik Perpaduan, Mediator Komuniti sebagai pendamai masyarakat, Pusat Mediasi Komuniti dan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan,” tambahnya.

Tambah beliau, KPN telah mengambil peranan sebagai pemangkin dalam memajukan keharmonian antara agama dengan melancarkan Inisiatif Harmoni MADANI pada 27 April 2024.

Beberapa program yang telah diimplementasikan katanya termasuk; Program Jejak HARMONI, yang telah diadakan di enam lokasi berbeza: Pulau Pinang, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, dan Sabah, Sesi Dialog Harmoni dan Dialog Antara Agama, Siri podcast ‘Bicara HARMONI’ dan Perayaan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen rakyat yang berbilang kaum dan agama amat penting untuk memastikan kesepaduan dalam mencari titik persamaan.

“Ini boleh dicapai dengan membudayakan pendekatan saling memahami, menghormati, dan menerima, demi memelihara keharmonian negara,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan