Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pustakawan bukan sekadar penjaga bahan bacaan tetapi juga berfungsi sebagai ejen transformasi sosial, pemudah cara maklumat dan penggalak kepada budaya membaca yang inklusif, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. Foto Aaron Ago Dagang (Facebook)

Pustakawan ejen transformasi sosial, penggalak budaya membaca – Aaron

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Jun: Pustakawan bukan sekadar penjaga bahan bacaan tetapi juga berfungsi sebagai ejen transformasi sosial, pemudah cara maklumat dan penggalak kepada budaya membaca yang inklusif, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Sempena Hari Pustakawan yang disambut hari ini, beliau berkata golongan itu memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa dan pembudayaan nilai murni selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembentukan masyarakat berilmu, bersatu padu serta berbudaya tinggi.

“Kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada tahap keilmuan dan kesatuan rakyatnya. Justeru, peranan pustakawan adalah sangat strategik dalam menyemai semangat cintakan ilmu, membina sahsiah masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara secara holistik,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Aaron berkata Hari Pustakawan bukan sahaja mengiktiraf sumbangan besar golongan itu malah mengangkat profesion tersebut sebagai pemacu utama pembangunan masyarakat berasaskan ilmu pengetahuan.

Beliau berkata kini terdapat 1,149 pustakawan di Malaysia dengan 148 daripadanya di Perpustakaan Negara, perpustakaan awam negeri (139), perpustakaan komuniti (1), perpustakaan khusus (210) dan perpustakaan akademik (651).

Menurut Aaron, Kementerian Perpaduan Negara juga amat menghargai komitmen para pustakawan dalam menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030.

“Usaha ini memerlukan keterlibatan aktif semua pihak dan para pustakawan berada di barisan hadapan dalam mendorong tabiat membaca, memperkasa literasi digital serta membina masyarakat celik maklumat,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan