Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Aidiladha wajar dijadikan titik pertemuan hati untuk merenung makna pengorbanan dalam konteks kemanusiaan dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. Foto Aaron Ago Dagang (Facebook)

Aidiladha peluang hayati makna pengorbanan, kebersamaan – Aaron

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Sambutan Aidiladha wajar dijadikan titik pertemuan hati untuk merenung makna pengorbanan dalam konteks kemanusiaan dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata sambutan Aidiladha bukan sekadar melakukan ibadah korban, tetapi juga satu simbol pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan.

“Nilai-nilai ini amat penting dalam membina sebuah negara yang aman dan harmoni,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Aaron dalam hantaran sama turut mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha, esok.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan