Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Yayasan Sarawak sempena PESAYA Ke-14 di sini hari ini. Foto TVS.

Jaga imej Sarawak sebagai tuan rumah PESAYA

ByRegina Lee

KUCHING, 2 Feb: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berharap agar wakil Sarawak dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi pada Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri (PESAYA).

Pada masa sama, beliau mahu atlet Sarawak menjaga imej memandangkan negeri ini menjadi tuan rumah pada temasya berkenaan.

“Kita tahu yang negeri-negeri lain memandang tinggi kepada Sarawak dan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Oleh itu tunjukkan bahawa kita mempunyai semangat kesukanan dan mesti jaga imej Sarawak sebagai tuan rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Yayasan Sarawak sempena PESAYA Ke-14 di sini hari ini.

PESAYA akan berlangsung di Kuching bermula pada 10 hingga 19 Februari ini dengan slogan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Melalui Sukan.

Antara negeri-negeri yang mengambil bahagian termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Sarawak sebagai tuan rumah.

Sebanyak 15 jenis sukan akan dipertandingkan antaranya bola sepak, badminton, bola baling, bola jaring, bola tampar, boling tenpin, dart, golf dan e-sukan.

Sementara itu, Mohamad Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak berharap agar wakil Sarawak menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk memperoleh kemenangan dalam acara disertai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan