Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyerahkan Anugerah Khas Integriti kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki sambil disaksikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kerajaan Sarawak, kerajaan negeri pertama terima Anugerah Khas Integriti

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Okt: Kerajaan Sarawak tampil sebagai kerajaan negeri pertama di Malaysia menerima Anugerah Khas Integriti.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata pengiktirafan itu menandakan komitmen serta usaha berterusan dalam membudayakan integriti dalam kalangan komuniti di Sarawak.

Rasuah cengkam masa depan rakyat – Abang Johari

“Anugerah yang julung kalinya diberikan kepada Sarawak ini juga merupakan anugerah yang julung kalinya diberikan kepada negeri-negeri di Malaysia sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans & Antirasuah 2023 yang lepas yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia,” kata Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2024 di Dewan Kompleks Islam Kuching, hari ini.

Katanya lagi Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam usaha membudayakan integriti serta tatakelola terbaik bagi mengekang berlakunya rasuah dalam organisasi.

“Pihak Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak UNION telah diberi mandat sebagai sekretariat projek rintis untuk membangunkan ISO 37001pada tahun 2016,” tambahnya.

Anugerah tersebut disampaikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Anugerah Khas Integriti ini adalah anugerah yang memberi pengiktirafan kepada mana-mana pihak yang telah memenuhi ciri-ciri serta kriteria umum dan khusus dalam pembudayaan integriti dan tatakelola yang baik secara berterusan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan