KUCHING, 2 Feb: Sarawak mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun kewangan 2022 sekali gus melepasi unjuran sebanyak RM10.2 bilion yang disasarkan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Premier Sarawak itu berkata, lebihan sebanyak 17 peratus itu merupakan prestasi hasil tertinggi yang pernah dicapai oleh Sarawak.
Kata beliau, hasil Sarawak diperolehi menerusi empat kategori utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan pembayaran balik oleh Kerajaan Persekutuan.
“Hasil cukai menyumbang sebanyak RM6.7 bilion atau 56 peratus daripada jumlah hasil manakala kategori lain menyumbang 44 peratus,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.
Sebelum ini, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu turut memaklumkan perolehan Sarawak meningkat sebanyak dua kali ganda sepanjang tempoh empat tahun ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS