KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan maklumat tular yang mendakwa bekas perdana menteri kelima itu meninggal dunia pagi tadi.
KUCHING: Remaja lelaki berusia 18 tahun yang tular dalam satu rakaman video kontroversi berhubung konflik antara Palestin dan Israel pada 17 Mei lepas telah dibebaskan pada hari ini dengan jaminan polis.
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung isu video tular yang menjadi punca pergaduhan pada Isnin lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata remaja terbabit telah ditahan di rumahnya di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya yang juga merupakan tempat insiden pergaduhan yang tercetus apabila orang awam tidak berpuas hati dengan video remaja berkenaan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi.
Selain itu, Aidi turut menegaskan orang ramai agar tidak bertindak sendiri dan seharusnya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.
Tambahnya pihak polis juga menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17(1)P PPPPB 2021 kerana terdapat individu yang terlibat dalam insiden berkenaan kelihatan tidak menggunakan pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal dalam video berkenaan.
Individu-individu yang terlibat dalam insiden itu ditegaskan untuk hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
By TVS • January 26, 2024 • 10:36 am
By Bernama • January 26, 2024 • 8:18 am
By Bernama • January 26, 2024 • 9:55 am
By Bernama • January 26, 2024 • 8:09 am
By TVS • January 26, 2024 • 8:24 am