Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh pada majlis penghargaan di SMK Belawai dekat Tanjung Manis pada Khamis. Foto UKAS

Tanjung Manis bakal memiliki stadium baharu, projek di bawah RADDA

MUKAH, 26 Jan: Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) meluluskan RM20 juta bagi pembinaan stadium mini baharu sebagai pusat kegiatan sukan dan aktiviti yang berkaitan di Tanjung Manis.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kemudahan sukan bertaraf moden itu bakal menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan Tanjung Manis selain platform melahirkan atlet.

Malah dalam program pembangunan bakat sukan katanya, kemudahan infrastruktur sangat penting bagi memastikan prestasi latihan mereka sentiasa pada tahap yang tinggi.

“Pembinaan kemudahan sukan bertaraf moden sememangnya membawa impak besar terhadap golongan muda terutama pengiat sukan.

“Menyedari hakikat itu, kita sudah meluluskan peruntukan RM20 juta untuk tujuan tersebut. Stadium ini nanti bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk trek,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Sekolah Menengah Belawai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belawai pada Khamis.

Beliau berkata, prasarana yang disediakan itu memberi keselesaan kepada warga Tanjung Manis khususnya yang melibatkan aktiviti sukan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, penduduk perlu bersabar kerana pelaksanaan projek terbabit mungkin mengambil masa yang agak lama.

“Perancangan pembinaan kemudahan ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam menggalak penyertaan masyarakat dalam aktiviti yang sihat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan