Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Video Kontroversi: Remaja Lelaki Bebas Dengan Jaminan Polis

KUCHING: Remaja lelaki berusia 18 tahun yang tular dalam satu rakaman video kontroversi berhubung konflik antara Palestin dan Israel pada 17 Mei lepas telah dibebaskan pada hari ini dengan jaminan polis.

Majistret Zaiton Anuar menetapkan demikian di Mahkamah Kuching setelah menolak permohonan pegawai penyiasat yang memohon agar suspek ditahan selama 30 hari di wad psikiatri, Hospital Kota Sentosa.

Pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Hairul Annuar Mohd Sabri dikatakan memohon mahkamah supaya suspek ditahan di Hospital Kota Sentosa dengan alasan suspek pernah mendapatkan rawatan dan ubatan membabitkan sakit psikiatri sebelum ini.

Permohonan tersebut ditolak kerana tiada kuasa untuk memberikan perintah reman suspek di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu suspek memuat naik satu video di laman sosialnya yang menyuarakan pendapatnya mengenai konflik antara Palestin dan Israel sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Susulan itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan suspek telah ditahan dirumahnya di Jalan Sultan Tengah dan direman untuk membantu siasatan.

Menurutnya rumah yang didiami remaja berkenaan diserbu orang awam kerana tidak berpuas hati dengan kandungan video tersebut.

Suspek dibawa ke Balai Polis Gita untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi.

Remaja tersebut diwakili peguam Abdul Rahman Mohd Hazmi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan