Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sukan SEA 2023

PHNOM PENH, 8 Mei: Malaysia semalam menambah empat pingat emas, sekali gus menyaksikan kedudukan kontinjen negara naik dua anak tangga ke tempat ketujuh selepas berakhir saingan hari kedua temasya Sukan SEA 2023 yang membuka tirai secara rasmi pada Jumaat.

PHNOM PENH, 7 Mei: Jaguh karate negara R. Sharmendran menyifatkan final Sukan SEA 2023 adalah yang paling sukar selepas menggondol pingat emas acara kumite individu lelaki bawah 75 kilogram (kg) di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, hari ini.

PHNOM PENH, 7 Mei: Gandingan pesilat kembar Muhammad Danial Azray Noorazizan dan Muhammad Danial Azrol mempertahankan pencapaian Malaysia dalam acara seni ganda putra selepas merangkul emas pada Sukan SEA 2023 di sini, hari ini.

PHNOM PENH, 6 Mei: Penantian 64 tahun Kemboja untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA berakhir dengan upacara perasmian temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu bertemakan ‘Sports: Live In Peace’ berlangsung dalam suasana yang cukup gah dan penuh meriah di sini, malam tadi.

PHNOM PENH, 5 Mei: Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan diingatkan supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023, di sini.