
KOTA KINABALU, 10 Sept: Kasih ditunjukkan rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo menunjukkan manifestasi rasa sayang yang amat besar buat Malaysia.