Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa sebak ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang James Alexander Ritchie hari ini. Foto UKAS

Tun Wan Junaidi sebak, penghasilan naskhah tidak kesampaian

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa sebak ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang James Alexander Ritchie hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Tun Wan Junaidi berkata, beliau dan mendiang sepatutnya berbicang mengenai penghasilan sebuah naskhah yang diusahakan bersama.

“Pagi ini sepatutnya menjadi detik pertemuan kami untuk membincangkan sebuah naskhah yang sedang diusahakan bersama. Namun, ketentuan Ilahi mendahului segala perancangan manusia.

“Apa yang dijangka sebagai permulaan sebuah karya kini menjadi lembaran penutup sebuah kehidupan,” katanya.

Tun Wan Junaidi menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada Sarawak khususnya dalam bidang kewartawanan dan pendokumentasian sejarah.

Menzahirkan pemergian seorang sahabat, beliau menggambarkan mendiang sebagai insan yang tekun, berwawasan dan komited dalam merakam kisah penting demi manfaat generasi mendatang.

Ketika memberi penghormatan terkakhir di Dewan Serbaguna Gereja St. Thomas di sini hari ini, Wan Junaidi dilihat tidak mampu menahan sebak.

Wartawan veteran, mendiang James Alexander Ritchie menghembuskan nafas akhir di Hospital Umum Sarawak pada Sabtu di usia 75 tahun dan akan disemadikan di Pusat Peringatan Nirvana Kuching Bau esok.

James Ritchie menabur bakti dalam dunia kewartawanan lebih 50 tahun sejak 1971 ketika berusia 23 tahun.

Kemuncak kerjayanya adalah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 iaitu penghargaan tertinggi dalam dunia kewartawanan negara yang mengiktiraf peranan dan sumbangannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan