KUCHING, 5 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang James Ritchie di Dewan Serbaguna Gereja St. Thomas di sini.
Tun Wan Junaidi dan isteri tiba pada jam 10:05 dan ketibaan mereka disambut oleh keluarga mendiang James Ritchie.
Ketika memberikan penghormatan terakhir, Wan Junaidi meluangkan masa 20 minit bersama keluarga mendiang.
Jasad mendiang akan dibawa ke Taman Peringatan Nirvana, hari ini dan akan disemadikan pada Selasa.
Mendiang James Ritchie, 75, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada Sabtu lepas.
Beliau menabur bakti dalam dunia kewartawanan selama 50 tahun sejak 1971. – TVS



