Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) hadir pada Persidangan Khas Parlimen mengenai isu Tarif di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

Malaysia tolak dakwaan kenakan tarif 47 peratus terhadap import AS

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Malaysia menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa kerajaan mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan itu tidak benar kerana jumlah import AS ke Malaysia 2024 harus diukur secara menyeluruh.

Jelas beliau perkara itu tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mengenakan tarif timbal balas.

“Pengiraan tersebut tidak mencerminkan kadar tarif sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh.

“Secara purata tarif dikenakan ke atas import barangan AS ke Malaysia hanya pada kadar 5.6 peratus dan diakui Pejabat Perwakilan Perdagangan AS.

“Keputusan AS (itu) jika tidak dikendali dengan berhemah akan memberi kesan kerana jumlah pelaburan keseluruhannya berjumlah RM166 bilion telah mewujudkan 200,000 pekerjaan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Khas Parlimen di sini hari ini.

Sidang khas ini menjadi platform utama untuk barisan menteri memberi taklimat kepada Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan dan hasil daripada perbincangan dua hala baru-baru ini berkenaan isu tarif timbal balik AS.

Pada 24 April lepas, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi peringkat tinggi ke Washington untuk mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer.

Sehubungan itu tambah Perdana Menteri, Malaysia akan meneruskan perdagangan dan pelaburan dengan AS meskipun berdepan tarif timbal balik yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Kerajaan juga kata Anwar memutuskan untuk meneruskan perbincangan secara pragmatik serta berteraskan kepentingan negara.

“(Keputusan ini dengan) mengambil kira kepentingan AS sebagai destinasi eksport sumber pelaburan terbesar Malaysia.

“Kerajaan juga membuat keputusan untuk tidak hanya bergantung kepada satu pasaran besar dan dalam beberapa tahun ini, kita telah secara agresif membuka ruang perdagangan baharu dengan menjelajah seluruh dunia mencari rakan dagang,” katanya.

Beliau turut memberitahu, jumlah perdagangan dengan AS pada 2024 adalah sebanyak RM325 bilion iaitu 11 peratus daripasa keseluruhan jumlah perdagangan.

AS juga merupakan destinasi eksport terbesar barangan Malaysia berjumlah RM199 bilion iaitu 13 peratus dari jumlah eksport. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan