Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke PPS SK Sampun Tebun sekali gus memberikan bantuan makanan dan minuman kepada mangsa banjir hari ini. Foto TVS

JPBNS bersedia hadapi bencana banjir gelombang kedua – Uggah

ByHaleyson Roland

ASAJAYA, 2 Feb: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersedia menghadapi bencana banjir gelombang kedua di negeri ini.

Pengerusi JPBNS yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya bencana banjir gelombang kedua.

“JPBNS memang siap siaga bila-bila masa. Bukan hanya menduga “king tide” tetapi kami akan bersedia di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kami telah diarahkan untuk bersedia dari November sehingga Mac. Semua agensi mesti sentiasa peka dan bersedia mendepani segala risiko. Maknanya, peralatan, tenaga kerja dan makanan dari kebajikan mesti sudah sedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa lawatan dan memberikan bantuan makanan serta minuman ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sampun Tebun di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan