Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keputusan temu duga Urusan Pengambilan Guru tahun 2024 (pasaran terbuka) dan Pengambilan Khas Sarawak yang diumumkan semalam menyaksikan lebih 1,000 guru baharu akan ditempatkan di Sarawak. Foto hiasan Envato

Dewan Rakyat: Lebih 1,000 calon guru ditempatkan di Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Keputusan temu duga Urusan Pengambilan Guru tahun 2024 (pasaran terbuka) dan Pengambilan Khas Sarawak yang diumumkan semalam menyaksikan lebih 1,000 guru baharu akan ditempatkan di Sarawak.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, seramai 7,645 calon telah ditawarkan pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam kedua-dua urusan pengambilan ini dengan seramai 1,372 calon ditempatkan di Sarawak.

“(Sehubungan itu) KPM telah berjaya meningkatkan peratus pengisian guru di Sarawak kepada 98.06 peratus,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (Pakatan Harapan – Miri) mengenai langkah yang diambil KPM bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak serta perkembangan terkini berhubung usaha-usaha yang sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Jelas beliau, sepanjang tahun ini, KPM telah menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service (CoS) bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,697 orang guru baharu telah ditempatkan ke Sarawak yang merupakan antara negeri tertinggi menerima guru baharu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan