Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara busana rekaan pereka-pereka fesyen yang diperagakan di pentas Mukah Fashion Show 2024. Foto TVS

Mukah Fashion Show 2024 mampu lahirkan pereka fesyen muda berbakat besar

MUKAH, 12 Dis: Penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang fesyen menerusi Mukah Fashion Show (MFS) 2024 dapat melahirkan pereka fesyen berbakat besar yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi suatu hari nanti.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata MFS 2024 telah memberi ruang dan peluang kepada pereka fesyen muda menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing untuk menempa pengalaman dalam bidang tersebut.

Dato Sri Fatimah Abdullah bersama peserta pertandingan Young Fashion Designer serta pereka-pereka fesyen yang terlibat merakam gambar kenangan pada MFS 2024. Foto TVS

“Saya melihat potensi mereka ini, dari segi rekaan pakaiannya sangat menarik dan kreatif dari segi reka bentuk dan juga dari segi warna yang digunakan.

“Melihat kepada dunia fesyen dan juga dari segi karya pereka muda ini, saya percaya satu hari nanti mereka ini boleh menempa nama di bidang fesyen ini bukan saja di peringkat Sarawak, malah saya percaya di peringkat antarabangsa juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Mukah Fashion Show 2024 di Kingwood Resort Mukah pada Rabu malam.

Dengan potensi yang ada, MFS 2024 harus dijadikan sebagai acara tahunan.

“Saya juga percaya Majlis Seni Sarawak akan memberikan sokongan sepenuhnya,” katanya.

Dalam acara tersebut, Sarawak Skills Cawangan Mukah dan Centex Dalat masing-masing telah menghantar seramai lima orang pereka fesyen untuk pertandingan Young Fashion Designer.

Pertandingan itu dimenangi oleh Marshila Frankie daripada Sarawak Skills Cawangan Mukah dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 dan sijil penghargaan.

Dalam pada itu, MFS 2024 turut menyaksikan busana rekaan daripada pereka-pereka fesyen berbakat diperagakan di pentas tersebut.

Antaranya ialah Rozie Khan, Mohamad Fadli, Musa Ahmad, Lyona Stephen serta pereka fesyen daripada pensyarah Kolej Komuniti Kuching , Norhakim Raifli dan Jefryson Adam.

Selain itu, turut diperagakan adalah koleksi daripada Latip’s Collection yang dipelopori oleh Allahyarham Abdul Latip Mohti sebagai memperingati karya fesyen beliau yang cukup terkenal dengan busana tradisional Melanau yang turut diterjemah dalam bentuk moden kontemporari seiring dengan peredaran zaman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan