Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lima tempat penginapan cantik yang harus anda kunjungi

ByMohamad Azfar Haziq Bin Mohamad Aziz

Musim ketiga Staycation with Fattah kini kembali dan kali ini, Fattah akan membawa anda ke destinasi percutian yang paling menarik dan penuh keindahan! Dalam episod terbaru ini, Fattah akan berkongsi rahsia bagaimana mencipta pengalaman staycation yang sempurna, daripada penginapan yang mewah hingga aktiviti-aktiviti santai yang menarik.

Bersama Fattah, nikmati setiap detik percutian anda dengan cara yang penuh dengan keseronokan dan kenangan manis. Jangan ketinggalan untuk mengikuti setiap episod dan rasai keindahan percutian di pelbagai lokasi menakjubkan bersama Fattah!

 

1. Damai Lagoon, Sarawak

Foto damailagoon.my

Episod 3 memaparkan Damai Lagoon, yang terletak di hadapan Pantai Damai di kaki Gunung Santubong, penginapan ini menggabungkan pemandangan pantai yang tenang dengan latar belakang gunung yang indah, dilengkapkan dengan Spa, Bakery, Dining Restaurant, Handicraft Boutique sempurna untuk mereka yang ingin lari daripada kesibukan bandar.

Aktiviti pilihan: 

Aktiviti berkayak di Damai Lagoon memberi peluang untuk pengunjung menerokai keindahan alam semula jadi di sekitar pantai. Anda boleh merasai keseronokan meluncur di atas air, menyusuri tepi pantai yang indah, dan menikmati pemandangan hutan hujan dan gunung-gunung yang memukau dari atas air.

Selepas seharian beraktiviti, kunjungi spa di Damai Lagoon untuk sesi urut yang menenangkan serta rawatan kecantikan. Spa di sini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk urutan tradisional, aromaterapi, dan rawatan muka yang direka untuk menyegarkan tubuh dan minda.

“Damai Lagoon menawarkan perkhidmatan berkelas tinggi dan memberikan pengalaman percutian yang menakjubkan dengan gabungan aktiviti air yang mencabar dan perkhidmatan spa yang menenangkan,” kata Fattah.

Foto damailagoon.my

Tonton episod ke-3 di sini !

2.Cove 55

Foto Cove 55 (Facebook)

Episod 5 menampilkan sebuah resort butik dengan gaya minimalis moden, menawarkan privasi dan kemewahan di lokasi yang dikelilingi oleh alam semula jadi, menjadikannya pilihan ‘ideal’ untuk percutian romantis atau santai. Vila-vila ini direka dengan reka bentuk moden dan perabot berkualiti tinggi, memberikan rasa kemewahan dan keselesaan.

Foto luxuryandboutiquehotels.com

 

Cove 55 adalah pilihan paling sesuai bagi mereka yang mencari penginapan mewah dan eksklusif di Kuching, dengan suasana yang tenang, perkhidmatan peribadi, serta kemudahan yang lengkap. Disini menawarkan percutian yang sempurna untuk pasangan, keluarga, atau sesiapa sahaja yang ingin melarikan diri daripada kesibukan hidup di bandar.

Aktiviti pilihan: 

Kelas menganyam di Cove 55 adalah pengalaman yang menarik dan unik yakni anda dapat mempelajari seni menganyam dari tangan pakar, sambil menikmati keindahan semula jadi.

“Dengan pemandangan Gunung Santubong, tempat ini benar-benar sesuai untuk ber-OOTD. Setiap sudut di Cove 55 menawarkan latar belakang yang memukau untuk bergambar,” kata Fattah.

Tonton episod ke-5 di sini !

3. Danna Langkawi

Foto thedanna.com

Menawarkan gabungan keindahan tropika dan kemewahan kontemporari dengan pemandangan laut yang memukau dan perkhidmatan bertaraf dunia, menjanjikan pengalaman percutian yang sempurna.

 

Kredit: thedanna.com

“Menginap di The Danna Langkawi terasa seperti berada di syurga. Tetamu disambut dengan “Welcoming Massage” membuatkan setiap detik di sini terasa istimewa,” ujar Fattah.

Foto thedanna.com

Dengan pemandangan laut biru Andaman, pengunjung berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti berenang, ‘sun bathing’ dan berkelah di tepi pantai yang cantik dan luas.

 

4.Kokol Haven

Foto amazingborneo.com

Menerokai episod ke-15, sebuah lokasi perkelahan eksklusif yang tenang dan damai, terletak di Kota Kinabalu, Kokol Haven Resort adalah titik permulaan yang sesuai, sama ada untuk ‘island hopping’, melihat hidupan liar, atau bersiar-siar menaiki kereta.

Foto Kokol Haven Resort (Facebook)

Pelbagai aktiviti luar seperti mendaki, berbasikal, dan berkayak boleh diatur untuk tetamu yang ingin menerokai keindahan semula jadi Sabah.

Terdapat restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, menawarkan pengalaman gastronomi yang unik. Pengunjung boleh menikmati makan malam romantis di tepi kolam renang atau menikmati minum petang di kafe dengan pemandangan yang menakjubkan.

“Tempat ini sangat cantik untuk bergambar, dan pengunjung juga boleh membuat aktiviti sesi star gazing. Setiap sudut di sini menyediakan pemandangan menakjubkan yang sesuai untuk mencipta kenangan indah di bawah langit berbintang.” – Fattah

Tonton episod ke-15 di sini !

5.Gayana Marine Resort

Foto echoresorts.com

 

Dalam episod ke-16 Fattah menjelajah tempat yang terkenal dengan penginapan terapungnya, resort ini memberikan pengalaman unik dikelilingi oleh air biru yang jernih, sambil menawarkan pemandangan laut yang mengagumkan dan aktiviti menarik seperti ‘snorkeling’ dan berkayak bersama kawan-kawan.

Selain itu, terdapat pusat terumbu karang yang unik di resort ini, membolehkan pengunjung mempelajari dan mendalami biodiversiti tempatan.

 

Foto echoresorts.com

 

“’Snorkeling’ dan berkayak di Gayana Resort adalah pengalaman yang luar biasa, membolehkan anda merasai keindahan laut dengan pelbagai hidupan marin yang menakjubkan” kata Fattah.

Tonton episod ke-16 di sini !

Jangan Ketinggalan

Tonton Staycation With Fattah Musim ke-3, setiap Selasa jam 9:45 malam di TVS Saluran 122 MYTV, Unifi TV, dan Astro! Jangan ketinggalan untuk strim live HD di tvsarawak.my atau melalui aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV, dan Astro GO sekarang!

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan