Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat pagi ini bertafakur seminit bagi memberi penghormatan kepada mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 14 April lalu. Foto fail Bernama

Dewan Rakyat bertafakur seminit beri penghormatan kepada Tun Abdullah

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Dewan Rakyat pagi ini bertafakur seminit bagi memberi penghormatan kepada mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 14 April lalu.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta semua Ahli Parlimen yang beragama Islam membacakan al-Fatihah manakala yang bukan Islam bertafakur sebelum sesi Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen ke-15 dimulakan, pagi ini.

Kata beliau, Allahyarham merupakan seorang tokoh negarawan, pemimpin yang ulung, berjiwa rakyat dan berjasa besar kepada negara.

“Saya dan pihak Datuk Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta bagi pihak Parlimen Malaysia seluruhnya mengucapkan setinggi takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang soleh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari menambah, pemergian Allahyarham Tun Abdullah yang juga dikenali sebagai Pak Lah merupakan kehilangan besar dan amat dirasai segenap lapisan masyarakat.

Allahyarham meninggal dunia pada 14 April lalu di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur dan disemadi di Makam Pahlawan, Masjid Negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan