Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menahan tiga lelaki termasuk dua warga Thailand kerana memiliki 60,000 pil yaba dan dua kilogram dadah jenis syabu bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di dua rumah dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam. Foto hiasan Envato

Dua warga Thailand antara ditahan miliki pil yaba, syabu bernilai lebih RM1 juta

ByBernama

KOTA BHARU, 9 Sept: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menahan tiga lelaki termasuk dua warga Thailand kerana memiliki 60,000 pil yaba dan dua kilogram dadah jenis syabu bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di dua rumah dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kesemua yang berusia 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 6 petang.

“Hasil saringan air kencing mendapati mereka positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua lelaki itu dan dadah dirampas diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan