Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 33 tahun tidak sedarkan diri selepas luka di bahagian kaki dan kepala dipercayai akibat diserang haiwan liar di Kampung Dalam Senduk, Jerek di sini semalam. Foto Ipd Gua Musang (FB)

Seorang lelaki cedera akibat diserang haiwan liar di Gua Musang

ByBernama

GUA MUSANG, 9 Sept: Seorang lelaki berusia 33 tahun tidak sedarkan diri selepas luka di bahagian kaki dan kepala dipercayai akibat diserang haiwan liar di Kampung Dalam Senduk, Jerek di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata ketika kejadian mangsa dilaporkan sedang memikat burung di hutan di kampung berkenaan.

“Pada 9.57 malam semalam, pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan daripada ayah mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya diserang haiwan liar ketika sedang memikat burung dan mengalami luka cakaran pada kaki serta kepala dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Jerek sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang turut ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti haiwan tersebut dan merancang untuk memasang perangkap serta kamera.

Beliau berkata penduduk setempat dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika keluar bekerja dan bergerak secara berkumpulan bagi mengelak daripada sebarang ancaman binatang liar serta kejadian yang tidak diingini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan